Semakan STR Fasa 4 : Tarikh dan Jumlah Bayaran (2024)

ADMIN PIAN
Bila STR Fasa 4 masuk? Berikut merupakan soalan yang sering kali diajukan oleh rakyat Malaysia yang merupakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR. Untuk pengetahuan anda, STR Fasa 4 pada tahun 2023 dibayar pada Bulan November sebelum Hari Perayaan Deepavali.

Di sini, kami kongsikan butiran tambahan tentang bayaran STR Fasa 4 untuk kategori yang memenuhi syarat dan jumlah pembayaran yang akan diterima pada fasa terakhir untuk tahun 2024 ini.

Semakan STR Fasa 4 : Tarikh dan Jumlah Bayaran (2024)

Table of Content

SEMAKAN STR FASA 4

Semakan STR Fasa 4

STR merupakan salah satu usaha di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk menyokong individu yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos hidup. 

Pada tahun 2024, inisiatif ini ditingkatkan dengan pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), yang merupakan bantuan tambahan bulanan khusus untuk golongan seperti miskin, miskin tegar, B40, dan M40.


KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4

Wang bantuan STR Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut berdasarkan tarikh dalam jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
  1. Pengkreditan ke akaun bank pemohon/pasangan.
  2. Penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pastikan untuk memeriksa status kelayakan anda melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum mengunjungi kaunter untuk tujuan penunaian.

TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Berikut adalah tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 4:

TERKINI: Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2024.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3, dan 4 bagi tahun 2024 adalah:
  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024
Semakan STR Fasa 4 : Jumlah Bayaran (2024)

CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 4

Untuk semakan status bayaran STR Fasa 4, anda boleh melawat pautan berikut: (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)

Ikuti panduan di bawah ini:

1. Klik log masuk MySTR.
2. Masukkan nombor Mykad pemohon.
3. Pengesahan kata kunci keselamatan.
4. Maklumat yang akan dipaparkan:
   - Nama pemohon.
   - No Mykad pemohon.
   - Status permohonan.
   - Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak).
5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1.
6. Masukkan kata laluan.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Tarikh pembayaran STR Fasa 4 adalah pada bulan November 2024.

CARA TUKAR KATA LALUAN STR

Untuk makluman, semua maklumat asal Bantuan Khas Masyarakat (BKM) telah dipindahkan ke dalam akaun MySTR.

Jadi, untuk log masuk ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan yang sama seperti dalam Portal BKM sebelum ini.

Log Masuk MySTR memerlukan Nombor Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Jika anda mengalami masalah terlupa kata laluan BKM sebelum ini, ikut langkah-langkah berikut:
  1. Layari laman web STR di pautan yang disediakan.
  2. Klik "Terlupa Kata Laluan".
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik "Semak".
  4. Masukkan alamat e-mel yang didaftarkan dan klik "Seterusnya".
  5. Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik "Ya".
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik "Seterusnya".
  7. Masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik "Tukar Kata Laluan".
  8. Anda akan menerima notifikasi bahawa Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (anda diberikan 3 percubaan), ID MySTR akan disekat dan anda hanya dibenarkan mencuba semula selepas 24 jam.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di pejabat berdekatan atau hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kementerian Kewangan LHDNM di 1-800-88-2747.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut, sila rujuk sumber berikut:

  1. Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR): [https://bantuantunai.hasil.gov.my/](https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
  2. Hotline STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  3. Hotline STR Kementerian Kewangan (MoF).
  4. Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM.
Tags

Ad Code

Ad Space